skip to main | skip to sidebar

LEARNING, HUNTING and FISHING

WADAH SHARING BELAJAR, HOBI BERBURU DAN MANCING

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • About Us
  • Archives
  • Contact Us

Sabtu, 24 November 2012

Bubur Asyura

Diposting oleh Unknown di 22.37
10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram. Ada yang mengatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura.
Entah dari mana sumbernya saya tidak tahu. Yang pasti, sudah 10 tahun saya tidak merasai keenakan makan bubur Asyura di kampung. Mengingat zaman kanak-kanak di hari Asyura, masih teringat apabila bubur Asyura hampir masak, saya bersama adik-adik dan rakan-rakan, masing-masing dengan memegang tempurung kelapa menyerbu kawah yang berisi bubur yang masih panas. Satu nostalgia yang tidak dilupakan, makan bubur Asyura berpiringkan tempurung dan bersudukan daun kelapa. Waktu itu, tidak pernah terlintas di fikiran saya apa maksud dibuat jamuan bubur Asyura. Adakah ia satu amalan keagamaan atau sekadar adat bangsa? Dengan sedikit kajian ringkas tentang asal-usul bubur Asyura dalam masyarakat Melayu, mungkin boleh dikatakan kewujudan jamuan bubur Asyura dalam masyarakat Melayu bertitik tolak dari dua sandaran. Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya : “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Penilaian: - Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan pada 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram? - Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini? Kedua: Hadis Anjuran Memberi Keluasan Kepada Keluarga Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi anjuran supaya pada hari Asyura hendaklah berbagi kesenangan dengan keluarga. Hadis yang dimaksudkan ialah: “Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”. Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mau memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan. Wallahu A’lam.
Kirimkan Ini lewat Email BlogThis! Bagikan ke X Berbagi ke Facebook

0 komentar:

Posting Komentar

Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda
Langganan: Posting Komentar (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  September (1)
  • ▼  2012 (6)
    • ►  Desember (2)
    • ▼  November (4)
      • Bubur Asyura
      • Waktu Yang Tepat Buat Mancing
      • Megajari Anak Balita
      • Menembak Jitu

Followers

  • http://www.twitter.com
  • http://www.facebook.com

Comments

Recent Post

aisyahzakhwan. Diberdayakan oleh Blogger.

Translate

Popular Posts

  • Waktu Yang Tepat Buat Mancing
    Bagi penghobi mancing mungkin ada istilah tiada hari tanpa memancing, menurut mereka memancing pada situasi dan kondisi apapun bukan mas...
  • Menembak Jitu
    HASIL AKURASI SUATU TEMBAKAN Bagi kalian yang hobi dgn senapan-angin, tentu kalian menginginkan senapan yg mempunyai akurasi yg ckup bgus ...
  • Mancing Papuyu sekotak Rokok
    cara memancing papuyu dan ikan haruan sedikit pengelaman saya yang mungkin berguna untuk para pemancing ikan papuyu dan haruan: 1.lokasi m...
  • Megajari Anak Balita
    Berusaha mengenali Cara Mendidik Anak Balita Mandiri Sejak Dini sangat perlu dilakukan oleh setiap orang tua. Perilaku dan perkembangan anak...
  • Habib Ali Al-Jufri berkisah tentang detik-detik kepergian Rasulullah SAW
    Wahai orang yang berakal, adakah kehidupan Allah akan berakhir? Adakah hubungan dengan Allah akan menemui titik penghabisan? Hubungan deng...
  • Mahabbah
    Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku - yakni dalam tidurku - kemudian berfirman kepadaku, ...
  • Bubur Asyura
    10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ...

About Me

Unknown
Lihat profil lengkapku

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  September (1)
  • ▼  2012 (6)
    • ►  Desember (2)
    • ▼  November (4)
      • Bubur Asyura
      • Waktu Yang Tepat Buat Mancing
      • Megajari Anak Balita
      • Menembak Jitu

Search

 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com